Friday, March 7, 2008

Keris Koleksi Peribadi (Sang Rajuna Tapa)









Antara keris keris koleksi peribadi saya yang dapat saya lampirkan di blog ini. Koleksi saya ini adalah agak sederhana dan lebih cenderung pada keris dari kepulauan riau Lingga dan Bugis.

Keris Dari Sahabat Kolektor (Gusti Diningrat Collections)



Di sini saya tonjolkan gambar gambar keris dari sahabat yang telah mengumpul keris lebih dari sepuloh tahun. Kawan saya ini yang lebih dikenal dengan jolokan "Gusti Diningrat" ini mempunyai kurang lebih 100 bilah keris yang mana kebanyakan nya adalah keris keris Jawa yang unik dan mempunyai variasi pamor yang tersendiri.

Above are some pictures of keris which below to a friend who has been a keris collector for more than 10 years. He has more than 100 keris of which majority are of Javanese origin with different pamor / damscene pattern.






Thursday, March 6, 2008

Tukilan Dari Buku "Rahsia Keris Dan Senjata Warisan Melayu" Oleh Zakaria B. Abdullah



Rahsia Senjata Keris: Keris adalah sejenis senjata warisan budaya orang Melayu yang berdaulat iaitu senjata pakaian orang Melayu pada zaman silam, diutamakan kepada Raja-Raja Melayu, Pembesar Negeri, golongan Bangsawan serta rakyat. Keris mempunyai rahsia-rahsia istimewa kerana keunikannya. Orang Melayu pada zaman dahulu khususnya Raja-Raja memerintah, tentu sekali berkehendakkan kekuatan, kehebatan dan kemuliaan supaya digeruni oleh musuh, terutamanya Raja-Raja Pemerintah yang lain. Bagi orang-orang Melayu pada zaman itu, khususnya pada orang-orang lelaki. Jika tidak berkeris di pinggang dianggap orang yang paling rendah martabatnya di sisi masyarakat pada zman itu, kecuali para ulama dan para wali kerana merkea ini kebanyakannya mempunyai kelebihan-kelebihan yang ganjil, boleh menentang musuh dengan menggunakan keramat dan hikmah, tetapi walaubagaimana pun ada juga yang tidak ketinggalan memakai senjata. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan kepada orang Melayu pada zaman dahulu, kerana ianya diperbuat daripada besi-besi yang terpilih dan mempunyai petua-petua yang tertentu, iaitu mengikut cerita pada zaman dahulu mereka meneroka mencari besi-besi di tempat-tempat yang baik seperti di bukit-bukit dan di gunung-gunung bertujuan untuk menjadikan senjata keramat dan berhikmah. Setiap bilah senjata keris ada mengandungi besi bercampuran (pamor) atau besi sebatang kerana setiap besi itu ada rahsia tertentu seperti: - Besi waja mempunyai rahsia keras lagi tajam. - Besi putih berwarna perak mempunyai rahsia kemudahan rezeki dan boleh menembusi kulit yang kebal. - Besi tarung bari bulu rusa rahsianya berbisa lagi tajam. - Besi kelipan miang berbintik mempunyai kedamaian dan boleh mengurangkan kepanasan api kebakaran. - Besi kuning keemasan rahsianya mendatangkan kemurahan rezeki, dihormati dan boleh menembusi kulit yang kebal. - Sifat bari semut permukaannya berlubang seperti sarang semut, rahsianya mempunyai kebisaan, melemahkan kulit yang kebal dna kemurahan rezeki. - Setiap bilah jika mempunyai pamor (besi ramuan) ianya mempunyai rahsia tertentu kerana setiap bilah keris itu tuahnya ada pada pamor dari segi lahirnya. Walau bagaimanapun, keris besi sebatang tidak kurang kelebihannya kerana di sudut rahsia untuk bertarung terlebih baik baginya.
(Dipetik dari buku RAHSIA KERIS DAN SENJATA WARISAN MELAYU - OLEH ZAKARIA B. ABDULLAH)